Kotak Pindah Rumah

BK Pack : No.1 Packaging Product Provider
BERKUALITI TINGGI
Kotak pindah rumah diperbuat daripada Corrugated Double Wall (BAF) yang keras dan dapat memastikan barang di dalam kotak terjaga dengan rapi.
PELBAGAI SAIZ
Terdapat 3 saiz yang disediakan untuk kotak pindah rumah yang boleh memuatkan pelbagai jenis barang serta mudah dikendalikan semasa proses pemindahan.
TAHAN LAMA
Kotak pindah rumah dapat menampung berat sebanyak 40 kg dan tidak mudah kemek walaupun ditindih dengan barang yang berat.
PELBAGAI KEGUNAAN
Kotak pindah rumah juga sesuai untuk menyimpan pelbagai jenis barang seperti dokumen, peralatan elektrik, barangan dapur dan barangan peribadi.

Kotak pindah rumah merupakan antara keperluan wajib yang diperlukan ketika berpindah. Ia berfungsi untuk menyimpan dan mengangkut barang sewaktu berpindah. Kotak pindah rumah  juga berfungsi untuk menjaga barang dari kelembapan, rosak, calar dan pecah atau retak. Akan tetapi, pemilihan saiz kotak amat penting bagi memudahkan proses pemindahan. Oleh itu, Bk Pack menyediakan 3 saiz kotak pindah rumah yang boleh memuatkan pelbagai jenis barang dan dalam masa yang sama mudah untuk dikendalikan sewaktu berpindah.

Kotak pindah rumah merupakan pembungkusan yang mesra alam dan boleh dikitar semula. Harganya yang murah dan berbaloi menjadikan kotak pindah rumah pilihan utama pengguna ketika berpindah. Selain itu, ia diperbuat daripada Corrugated Double Wall (BAF) yang berkualiti tinggi. Oleh itu, kotak pindah rumah ini juga lebih kukuh dan lebih tahan lasak. BK Pack menjanjikan kualiti kotak yang kami tawarkan mempunyai kekuatan dan ketahanan yang unggul.

Kegunaan Kotak Pindah Rumah

1. Menyimpan barang untuk tempoh yang lama

Kotak pindah rumah bukan sahaja digunakan untuk mengangkut barang sewaktu berpindah, tetapi ia juga dapat menyimpan barang serta menjamin keselamatan barang bagi sesuatu tempoh yang lama. Permukaan kotak pindah rumah yang tebal dan keras dapat melindungi barang kesayangan anda seperti dokumen penting dan barangan peribadi dari rosak, hilang dan tersalah letak. Hal ini kerana kotak pindah rumah direka khas dengan ‘labelling’ iaitu anda boleh melabel kotak mengikut barang yang disimpan.

2. Memudahkan proses pemindahan

Kotak pindah rumah didatangkan dengan beberapa saiz yang sesuai dan fleksibel. Kotak pindah rumah ini juga boleh dikendalikan oleh seorang sahaja kerana saiznya tidak terlalu besar. Pada masa yang sama ia juga dapat menyimpan pelbagai barang seperti pinggan mangkuk, ketuhar, dan perhiasan kaca.

3. Menjimatkan ruang

Kelebihan kotak pindah rumah yang boleh ditindih dapat menjimatkan ruang sesuatu tempat. Bukan itu sahaja, sesuatu ruang itu juga akan kelihatan lebih kemas dan teratur apabila barang disimpan di dalam kotak pindah rumah.

4. Pelbagai kegunaan

Kotak pindah rumah bukan sahaja digunakan untuk menyimpan barang. Tetapi ia boleh diguna semula seperti mengisi barang selepas membeli belah. Selain itu, anda juga boleh menggunakan idea kreatif anda untuk DIY dan mencipta sesuatu yang baru.

VARIASI KOTAK PINDAH RUMAH

PRODUCT CODETYPEMEASUREMENT
MBMMOVING BOX M
MBLMOVING BOX L
MBXLMOVING BOX XL
Shopping Cart