Bubble wrap ialah bahan pembungkusan
yang mudah digunakan. Bubble wrap menyediakan kusyen tambahan. Bubble wrap juga
melindungi daripada calar, habuk dan kotoran daripada barang yang dibalut.
Bubble wrap juga agak murah. Anda boleh menyimpan bubble wrap untuk langkah
seterusnya.
#1. Menjadi Pelindung Sebagai Pembungkusan Barang
Antara kelebihan bubble wrap yang kita perlu tahu adalah ia mampu melindungi barang atau produk anda dari kesan retakan, hentaman, atau pecah. Dengan cara mengangkat barang-barang pindah rumah yang sudah dibungkus dengan bubble wrap, anda tidak perlu risau kerana barang atau produk anda sudah menjadi lebih selamat dan terjamin.
#2. Pembungkusan Yang Murah Untuk Dibeli
Sekiranya anda ingin pindah rumah, anda perlu perbelanjaan yang besar untuk pembungkusan barang atau produk anda. Jadi, pasti anda mahu lebih berjimat cermat, kan? Bubble wrap adalah salah satu pembungkusan mampu membungkus barang atau produk anda yang sangat mudah digunakan dan dibeli dengan harga yang sangat murah dan anda boleh mendapatkan bubble wrap dengan kuantiti yang sangat banyak tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.
#3. Pembungkusan Yang Sangat Ringan Untuk Digunakan
Bubble wrap sangat membantu dalam membalut barang-barang, lebih-lebih lagi ketika pindah rumah. Bubble wrap sangat ringan untuk digunakan kerana bubble wrap hanya penuh dengan angin. Proses membalut barang cepat dan mudah kerana sifat bubble wrap yang ringan.
#4. Pembungkusan Yang Boleh Dipakai Semula
Janganlah buang bubble wrap yang masih elok sekiranya anda seseorang yang perlu berpindah rumah banyak kali. Bubble wrap yang masih elok boleh digunakan semula. Bubble wrap boleh digunakan berkali-kali kerana bubble wrap adalah produk yang mesra alam. Jika anda tidak mahu menggunakan bubble wrap tersebut, lebih baik anda menjual bubble wrap itu di social media anda, website barang terpakai, atau kedai barang terpakai.
#5. Pembungkusan Yang Serba Guna Untuk Digunakan
Untuk pembungkus yang boleh membalut hampir semua jenis dan saiz barang, bubble wrap antara pembungkus yang paling sesuai digunakan untuk membalut barang atau produk anda. Anda boleh memotong bubble wrap dengan menggunakan gunting atau pisau dalam apa jua saiz yang anda mahukan. Jadi, bubble wrap boleh digunakan untuk membalut barang-barang pindah rumah anda seperti televisyen, meja, perabot, pinggan mangkuk, kerusi dan lain-lain lagi.
Dapatkan bubble wrap yang berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik di BK Pack! Hubungi kami melalui whatsapp atau social media BK Pack sekiranya anda ingin maklumat lebih lanjut.