Date
19/09/2022

BAGAIMANA MEMASTIKAN PERABOT SELAMAT KETIKA BERPINDAH

Memastikan perabot anda selamat menjadi keperluan ketika anda ingin berpindah ke tempat yang baru. Ada orang berpindah ke tempat lain tanpa memerlukan perkhidmatan pengalih keluar perabot untuk memindahkan barangan mereka dan ada sebahagian yang memerlukan perkhidmatan pengalih keluar perabot.

Dibawah ini adalah cara-cara menyediakan perabot anda supaya ia dilindungi dengan baik sepanjang setiap fasa pergerakan anda.

#1 Perlukan bahan pembungkusan

Kebiasaannya, ketika anda ingin berpindah ke tempat yang baru, anda perlukan packing untuk membungkus dan melindungi perabot dan segala barangan anda. Bahan packing yang anda perlukan antaranya sebagai contoh, bubble wrap, corrugated paper, news print, opp tape dan stretch film untuk memastikan perabot anda selamat. Antara perabot yang perlu dibalut seperti sofa, almari, peti ais dan perabot yang lain supaya ia terjaga dan tidak rosak. 

Salah satu bahan packing iaitu corrugated paper antara bahan pembungkusan pelindung yang menjimatkan digunakan. Corrugated paper juga ialah bahan yang ringan & mudah dikendalikan semasa membungkus. Selain itu, corrugated paper juga ialah bahan yang mesra alam. Corrugated paper juga diperbuat daripada sumber yang boleh diperbaharui. Di samping itu, corrugated paper ialah pembungkusan yang paling mudah untuk digunakan. 

Selain daripada itu, corrugated paper ini sangatlah sesuai digunakan untuk membungkus barang-barang yang rapuh seperti kaca, mesin, aluminium, perabot dan lain-lain. Corrugated paper sangat baik sebagai pembungkusan kos rendah. Tambahan pula, corrugated paper juga untuk memisahkan barang. Corrugated paper ialah bahan yang kuat kualitinya. Seterusnya, corrugated paper ditrim mengikut saiz. Corrugated paper juga dibalut pada objek secara manual. Corrugated paper juga sangat fleksibel dan boleh dibentuk di sekeliling perabot atau barangan anda untuk mengelakkan daripada kerosakan. Corrugated paper juga melindungi perabot atau barangan anda. Corrugated paper dapat bertahan lama untuk digunakan.

Corrugated paper selalunya digunakan dalam industri perabot dan pembinaan untuk mengangkut. Corrugated paper, bubble wrap, news print dan bahan packing yang lain ini boleh didapati dengan harga yang terendah di BK Pack. Dengan adanya corrugated paper dan bahan-bahan pembungkus yang lain, ia mampu memudahkan proses memindahkan perabot di tempat yang baru.

#2 Menyediakan perabot untuk pembungkusan

Sebelum anda ingin berpindah ke tempat yang baru, anda haruslah menyediakan dan memastikan perabot anda tidak berhabuk, calur ataupun kotor. Anda perlulah lap perabot anda dengan bersih menggunakan kain mikrofiber untuk membuang segala habuk dan kotoran yang lain sebelum membungkusnya dengan bahan packing seperti corrugated paper. Selain itu, anda perlulah mengeluarkan segala tombol dan pemegang jika anda ingin mengangkut laci dan kabinet.

#3 Buka dan pasang perabot anda

Sangat diperlukan untuk membuka perabot apabila anda ingin berpindah ke tempat yang baru supaya membolehkan anda mengangkut perabot dengan lebih mudah. Ia juga akan membantu mengelakkan kerosakan yang disebabkan oleh bahagian yang bergerak semasa pengangkutan. Anda perlulah mengikut cara-cara dibawah ini untuk membuka dan memasang perabot anda. Sebelum membuka perabot anda, sila merujuk manual tentang cara membuka perabot dengan betul. Untuk memegang skru dan perkakasan lain bagi setiap perabot, anda haruslah menggunakan beg plastik boleh kedap udara. Untuk menjimatkan masa, anda perlulah membuka perabot sehari sebelum berpindah.

#4 Balut perabot dengan betul

Apabila anda ingin berpindah, anda perlu membalut perabot dan membungkusnya dengan baik. Menggunakan corrugated paper, bubble wrap dan bahan packing yang lain adalah pilihan yang tepat. Untuk membungkus perabot dengan betul, anda boleh menggunakan bungkus gelembung atau bungkus plastik untuk membungkus perabot.

#5 Letakkan item secara strategik

Semasa pengangkutan, anda perlu mempunyai pelan penempatan strategik supaya perabot anda kekal utuh. Antara pelan penempatan yang strategik supaya perabot anda kekal utuh ialah antaranya, anda perlulah sentiasa simpan kotak berat di atas lantai kenderaan. Kemudian, anda letakkan kotak yang lebih ringan di atas yang lebih berat. Untuk memberikan kestabilan kepada kenderaan semasa memuatkan perabot, anda juga perlu membuat dinding kotak di bahagian belakang. Anda mungkin telah menutup perabot atau barangan anda dengan menggunakan bahan pembalut tetapi pastikan anda menutupnya menggunakan cover tambahan di atasnya. Ini akan memberikan lebih perlindungan kepada perabot atau barangan anda.

Dapatkan bahan pembalut yang berkualiti tinggi untuk perabot anda dengan harga yang mampu milik di BK Pack! Hubungi kami melalui whatsapp atau social media BK Pack sekiranya anda ingin maklumat lebih lanjut.



More

Articles

Shopping Cart