Bubble wrap pada asasnya ialah kepingan plastik yang terdiri daripada gelembung udara yang menjadi salah satu bahan pembungkusan yang paling biasa digunakan oleh orang ramai. Tujuan bubble wrap digunakan untuk melindungi sesuatu semasa dihantar atau dialihkan melalui pos dari satu tempat ke tempat lain. Kehadiran gelembung udara melindungi daripada sebarang bahaya kepada barang yang rapuh semasa bergerak atau penghantaran. Bubble wrap biasanya dijual dalam bentuk gulungan atau helaian. Bubble wrap adalah antara bahan pembungkus yang paling ringan.
Ia memberikan perlindungan yang unggul untuk barang atau produk anda. Bentuk kusyen bubble wrap ini memberikan perlindungan permukaan. Bubble wrap boleh didapati dalam pelbagai saiz dan tahap kusyen menjadikannya pilihan yang bagus untuk pelbagai jenis keperluan pembungkusan.

#1 Jenis
Terdapat dua jenis lapisan bubble wrap yang kami di BK Pack telah sediakan. Apakah jenis lapisan bubble wrap tersebut? Jenis lapisan bubble wrap terbahagi kepada dua iaitu Single Layer (satu lapisan) dan Double Layer (lapisan berganda).

#2 Kegunaan
Bubble wrap yang mempunyai satu lapisan selalunya digunakan untuk kasut, barangan elektrik dan minyak wangi, alat muzik, alat IT, dan lain-lain. Manakala, bubble wrap yang mempunyai lapisan berganda ini boleh digunakan, tetapi kebanyakannya orang gunakan untuk cermin mata atau barang rapuh kerana double layer akan beri perlindungan berganda berbanding single layer.

#3 Saiz
Di BK Pack, kami membekalkan pelbagai jenis saiz untuk bubble wrap yang mempunyai single layer dan double layer. Setakat ini, BK Pack mempunyai saiz yang berketinggian 1 meter dan panjang 1 meter, berketinggian 1 meter dan panjang 10 meter, berketinggian 1 meter dan panjang 25 meter, berketinggian 1 meter dan panjang 50 meter, berketinggian 1 meter dan panjang 100 meter.

#4 Harga
Sudah pasti harga bubble wrap yang mempunyai double layer lebih mahal berbanding single layer. Ini kerana dengan adanya bubble wrap yang mempunyai double layer, ia mampu mengelakkan barang anda yang berkaca mudah pecah dan ia lebih mampu menampung berat barang atau produk anda. Tapi tidak perlu bimbang, harga yang kami tawarkan untuk bubble wrap single layer dan double layer di BK Pack sangat berbaloi dengan kualiti yang anda akan dapat.

#5 Melindungi barang
Jika bubble wrap yang mempunyai single layer sahaja, ia akan dapat melindungi permukaan barang anda daripada calar, tetapi double layer menawarkan perlindungan daripada benjolan dan terjatuh. Double layer lebih melindungi barang anda berbanding single layer. Kami di BK Pack akan memastikan bubble wrap sama ada single layer atau double layer yang kami hasilkan dapat melindungi barang atau produk andaÂ
Â
Anda perlukan lebih maklumat tentang bubble wrap atau ingin menempah bubble wrap dengan kami? Anda juga boleh hubungi kami melalui whatsapp, email atau social media yang kami telah sediakan untuk penerangan lanjut. Atau terus datang ke gudang kami. Cepat bertindak sekarang selagi stok masih ada.